CSS

Monday, January 19, 2015

Chunky Cheesecake Brownies yang sangat sedappp..



Assalamualaikum

Aku tanya apa kabarr...
Saya alhamdulillah sihat sangat kat sini sambil nguyah si chunky ni. 
Sedap i tell u.Memang awesome betul la cheese lawan dengan cekelat ni. 
Bagi penggemar cheese n cekelat, resepi ni rekemended tau. Sangat memikat tekak. Kunyah dan kunyah.
Resepi ni saya olah sukatan nya. Untuk memudahkan sikit nak menimbang bagaikan. Nak tukar plak kang ounce bagai. So saya permudahkan sukatannya.
Nota: Boleh kurangkan sukatan gula mengikut citarasa.



CHUNKY CHEESECAKE BROWNIES

bahan

250 gram crim cheese
1 biji telur
1/4cawan gula halus
2 sb susu cair/segar
1/2 esen vanilla
1/2 cawan coklat chip


70 gram butter - saya guna tatura unsalted
1 cawan cooking coklat - saya guna 3/4cawan dark coklat
1/2cawan gula halus
2 biji telur
2/3 cawan tepung gandum
1 sk baking powder
1/2 sk garam
1 sk esen vanilla

Caranya

1. Putar krim cheese bersama telur dan gula hingga sebati. Kemudian masukkan esen vanilla dan akhirnya kacau rata coklat chip. Ketepikan.
2. Panaskan air dlm bekas besar hingga menggelegak. Kemudian tutup api. Letakkan bekas adunan atas air yang panas tadi danmasukkan butter dan coklat. Kacau hingga licin.
3.Kemudian masukkan gula kacau sebati dan seterusnya telur. Kacau lagi.
4.Akhirnya ayakkan tepung bersama bakingpowder dan garam. Kacau sebati lagi.
5. Menggunakan bekas 9x9 yang di alas kertas baking, tuang 3/4 adunan coklat. Kemudian tuang pula adunan cheese. Lastly tuang lebihan adunan coklat. Tak perlu rata, tuang bercorak je.
Bakar pada suhu 170 c selama lebih kurang 30 minit atau hingga masak.











Thursday, January 15, 2015

Tempahan Coklat Snow Cheese Kek size kecil


size 6"




Stroberi boleh request dengan kos.









Kek Batik yang Senang dan Sedap







Assalamualaikum

Apa kabar 2015?
Apa kabar apa kabar.. kiki
Lama weh tak bersiaran.Alasan nya ialah.. hmm biasa la alasan sekadar alasan.
Cemana permulaan 2015 ni ek.
Buat mangsa banjir 2014 pantai timur khususnya , saya mendoakan mereka kuat untuk melalui kehidupan mereka. Kadang2 merenung makanan di atas meja, sekilas ingatan ada untuk mereka. kan..

Ok la.. untuk entry pertama saya pada 2015 ni saya hadiah kan kek batik version senang n sedap ni. 
Mengupdate blog sambil berpikir sekuat mana semangat nak update resepi.Entah kenapa semangat kian sepi dan tenggelam.Mungkin kemeriahhan tidak lagi seperti dulu... mungkin..

Dan resepi ni saya ambil dari blog Cik Epal. Tq cik Epal. Dah 2 kali saya buat kek batik resepi yang ni.Kene ngan selera saya. Janji guna butter tulen.. baru rasa ummphh.





KEK BATIK SIMPLE DAN SEDAP
resepi: Cik Epal

bahannya

1 peket milo size kecil
250 gram butter - izah guna butter tulen
1/2 tin susu pekat / ikut kemanisan
1 sk esen vanilla
1 sb serbuk koko - izah tambah
1 peket biskut meri - patah 2/4


Caranya:

1. Masukkan butter ke dalam periuk besar. Buka api sederhana.
2. Bila butter sedikit mencair masukkan kesemua bahan-bahan kecuali biskut.
3. Kacau laju dan sebati sehingga agak likat.
4. Kemudian masukkan biskut dan kacau salut kesemua biskut dengan adunan milo tadi.
5.Bila sebati angkat , letakkan ke dalam loyang dan mampatkan.
Tunggu sehingga sejuk , atau sejukkan ke dalam peti ais beberapa jam. Potong dan nikmati.


nota izah : Kek batik yang ini biskutnya rangup tapi tidak terlalu rangup, tapi juga tidak lembik dan tidak terlalu lembut. Rasa salutannya pula memang mewah tapi tak muak. Kemanisan mengikut citarasa kita. kene dgn tekak saya dan anak2. ^______^