CSS

Thursday, March 20, 2014

Ayam Masak Kicap paling sedap di dunia...


Assalamualaikum

Jangan mare.hehe.. itu memang tajuk original saya copy dari empunya resepi. Tak tukar okeh. Dah tajuk rope itu.. dan hakikatnya memang sedap pun ayam ni. Kelainan dalam resepi ni ialah meletakkan sedikit mayonis. Perhhh memang ada kelainan.. rasa lemak2 manis mencukupi sangat pada ayam masak kicap ni. Tak caya cer try. Simple pun simple nak memasaknya. Tak perlu terlalu banyak rempah..cukup dgn 4 sekawan dan bahan2 basic.

Terkejut jugak bila saya suapkan si Muaz dan AlFateh... tak berhenti2 makan nasi..tambah dan tambah dan tambah.. habis seperiuk sebelah siangnya. Bila si abg Bais balik dan makan malam pulak, 4 kali menambah nasi. Apa sebelum ni umi masak tak sedap ke? eh hehehe...

Bila ayam dah habis..diorang gaulkan aje kuah dgn nasi putih. Layan sungguh kome. Terima kasih si tuan blog Thunderkitten di atas perkongsian resepi ini. Memang sedap dan berbaloi2. Semoga diizinkan dan diperpanjangkan resepinya di sini pula :)



AYAM MASAK KICAP (MAYONIS)
resepi : thunderkitten
by: izahdaut


Bahan-bahannya

1 ekor ayam - izah guna 1/2 ekor ayam
- izah gaulkan dengan sedikit kunyit dan garam dan goreng dengan minyak penuh dan api yg besar utk mengeluarkan air ayam. Goreng sekejap sahaja sehingga luarnya kekuningan.


bahan tumbuk/blend
1 biji bawang besar (purple)
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batng serai - izah tambah


bahan rempah tumis
1 Kulit kayu manis
5 biji Cengkih - izah tak letak
2 biji Buah pelaga
1 Bunga lawang
8 biji Lada hitam biji - ketuk sedikit
3 biji Lada kering - potong sahaja


bahan perasa
6 sudu besar Kicap MANIS cap kipas udang
1 sudu besar mayonis lady's choice
Serbuk lada sulah ajishio
Garam ( tapi biasanya kicap dah cukup masin)




CARA MEMASAK

Ayam digoreng dulu sampai keemasan.pakai api besar & minyak yang banyak.tujuan menggoreng untuk garingkan kulit dan bahagian luar ayam dan menyingkirkan air dalam ayam yang boleh sebabkan ayam masak kicap anda berbau tak best. Angkat ayam dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam 5 sudu besar.Tumiskan bahan rempah hingga berbau. Kemudian masukkan bahan yang ditumbuk/diblen tadi. Tumis sampai garing dan berbau wangi.

Masukkan ayam yang dah di goreng.
Tambah kicap secukup rasa.
Masukkan air sampai tenggelam semua ayam. Air aras ayam sahaja. Jangan terlalu banyak,

Buka api sederhana dan renehkan (masak slow2) kalau api kuat memang air cepat kering tp kuah tak meresap dalam ayam.. kalau masak api perlahan kicap akan meresap sampai tulang..

Bila mendidih, masukkan mayonis..serius...sedap sangat bila korang tambah mayonis..ayam masak kicap korang akan ada rasa BANDAR...moden sikit la.. kan orang muda kena kreatip..
Keringkan kuah sampai jadi pekat..kalau tak mayonis tadi akan nampak berketul2..
Rasa dulu..tambah la lada sulah ajishio dan garam secukup rasa..

Bila semuanya ok.. angkat dan hidangkan.



note: Izah edit sedikit ayat2 di dalam resepi.













28 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...[Reply to comment]

Wah Memang meletop sedap tu izah... bertambah mkn anak2 tu...
kena Cuba jugakkk..

SITI NOARIZAH ARIS said...[Reply to comment]

Ermmmm terasa kesedapannya sampai ke somban ni haa... Nnti nak Cuba test try resepi kicap ni pulak.

izahdaut said...[Reply to comment]

cahaya hidupku..
tula.. sila la cuba.. budak2 ngan kicap mmg tak leh pisah. apa2 la kicapkan aje.. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

cahaya hidupku..
tula.. sila la cuba.. budak2 ngan kicap mmg tak leh pisah. apa2 la kicapkan aje.. hehehe

izahdaut said...[Reply to comment]

ct noarizah..
haa jauh tuh.. boleh la buat.simple je bahannya tu. :)

Bali Tour said...[Reply to comment]

Kelihatannya sedap
Terima kasih atas resepnya :D

Mummy Dina said...[Reply to comment]

1st time dapat resepi ayam masak kicap pakai mayonese..lepas ni nak try jugak la..tq ye izah..:)

Unknown said...[Reply to comment]

Sedap

Anonymous said...[Reply to comment]

Thank you izah for sharing the resepi ayam masak kicap I have tried it does taste better with mayonnaise thank you again for the awesome resepi.

hayati suki said...[Reply to comment]

sedap... sy dah cuba utk dinner.. mmg rs moden..1st time masak ayam kicap letak mayo...
terbaik... ;-)

www.hayativitamin.com

Unknown said...[Reply to comment]

Letak mayo? Ok 1st time dgr...harus try harini...tenkiu dear...

Anonymous said...[Reply to comment]

Its a great article!
Bali Tours
Bali Tour Guide
Bali Travel Guide
Bali Driver Guide

Anonymous said...[Reply to comment]

Miza dah try!! Awesome btul rasa dy :*.. Mceh sbb share :)

Jojo said...[Reply to comment]

tgk komen semua positif..aku nak try jugak eh petang ni

Jojo said...[Reply to comment]

da try mmg best..tp sgt2 simple buat..kicap,mayonis,serbuk lada suloh.awesome

Unknown said...[Reply to comment]

Memang sdap izah , tk dpt di nafi kan...anak2 akak mkn hingga licin pinggan masing2...
tapi mayonis nye tk cair2 pon bile kak msak sampai mendidih lame nye... tapi tetap Power !!

amanie said...[Reply to comment]

ayam masak kicap rasa bandar.. hahha.. funny la sis ni.. menu lunch harini la ni. taktau dah masak apa2.. terima kasih sis utk resepinya..

Sakura Sueaya said...[Reply to comment]

Sedappppp. Takyah letak perasa pun sedap dah 😋

Unknown said...[Reply to comment]

Thanks.. Berbaloi saya masak tuk wife saya.. Dier puji hohohoho.. Terima kasih banyak2

Anonymous said...[Reply to comment]

Memanggg sedap sgt2..suamiku puji sokmo... Thanks bg resepi ni

Sunshine said...[Reply to comment]

I tried it very tasty

IliNabilah said...[Reply to comment]

setiap kali raya mak saya akan buat masakan ni, tapi tahun ni saya tak dapat balik beraya. Jadi saya try buat sendiri. Terima kasih~ Amat membantu ^_^

Anonymous said...[Reply to comment]

Timekasih la share resepi ni. Slalu buat lauk kampong,ni nk try buat lauk rasa bandar

Unknown said...[Reply to comment]

jordan shoes, replica watches, oakley sunglasses, longchamp outlet, burberry, tory burch outlet, oakley sunglasses, cheap oakley sunglasses, louis vuitton, louboutin, ray ban sunglasses, nike air max, oakley sunglasses, christian louboutin outlet, uggs on sale, louboutin pas cher, nike outlet, ray ban sunglasses, gucci outlet, louis vuitton outlet, prada handbags, chanel handbags, kate spade outlet, prada outlet, louis vuitton outlet, ralph lauren pas cher, replica watches, longchamp, longchamp outlet, ray ban sunglasses, oakley sunglasses, air jordan pas cher, air max, nike free, nike air max, tiffany jewelry, tiffany and co, polo ralph lauren outlet, louis vuitton, nike roshe run, louboutin outlet, polo ralph lauren outlet, sac longchamp, michael kors, louis vuitton, nike free, longchamp pas cher, ugg boots, ugg boots, louboutin shoes

Unknown said...[Reply to comment]

iphone cases, louboutin, soccer jerseys, valentino shoes, asics running shoes, new balance, celine handbags, chi flat iron, wedding dresses, ghd, beats by dre, soccer shoes, baseball bats, mont blanc, nike air max, timberland boots, hollister, nike roshe, ferragamo shoes, lancel, birkin bag, longchamp, converse outlet, jimmy choo shoes, nike air max, north face outlet, herve leger, mac cosmetics, abercrombie and fitch, ray ban, lululemon, gucci, hollister, vans shoes, nike trainers, oakley, hollister, bottega veneta, insanity workout, instyler, mcm handbags, north face outlet, reebok shoes, p90x workout, babyliss, vans, nike huarache, ralph lauren, nfl jerseys, converse

Unknown said...[Reply to comment]

louis vuitton, links of london, replica watches, moncler outlet, coach outlet, canada goose, moncler, moncler, louis vuitton, juicy couture outlet, swarovski crystal, ugg boots uk, pandora jewelry, doudoune canada goose, wedding dresses, canada goose uk, canada goose, canada goose outlet, sac louis vuitton pas cher, bottes ugg, thomas sabo, juicy couture outlet, ugg pas cher, moncler, pandora charms, marc jacobs, pandora jewelry, moncler, canada goose outlet, montre pas cher, karen millen, hollister, louis vuitton, louis vuitton, canada goose, toms shoes, ugg,uggs,uggs canada, supra shoes, moncler, moncler, ugg,ugg australia,ugg italia, canada goose, moncler, swarovski, pandora charms

STF said...[Reply to comment]

Sedaplah Izah !!!! Girl friend abang puji , dia kata Ex abang yang ajar muahahaha.... padan muka dia

norsadira said...[Reply to comment]

Terima kasih atas resepi..boleh cuba jemput singgah blog saya dirawanhartawan.blogsport.com