CSS

Tuesday, December 31, 2013

Kway Teow Homemade



Assalamualaikum

Mcm tak pernah terpikir nak buat sendiri kuew teow. Tiba2 jalan2 lompat2 dari satu blog ke satu blog terjumpa resepi kway teow homemade. Saya suke kway teow tapi tak berapa gemar dengan baunya. Biasanya bila hidu bau kway teow sebelom digoreng mcm sesuatu je. Walau pun ada sesetngah brand ok. Jadi bila trasa nak mkn ajak asben mkn kat char kway teow jln Enggang Keramat. Aci tak?

Siyes berbaloi buat sendiri walaupun jenuh jugak nak ngukus nya. Sbb kene nipis n sama rata. Guna pulak ngukus kecik.. pepaham jela. Tapi dalam jenuh2 tu dah 2x saya buat. Si kecik Muhammad Al Fateh suke sangat. Sambil makan kway teow sambil buat bunyi. Cute je




Dalam gambar ni kway teow nampak agak kuning. Tu sebenarnya pencahayaan je. Diluar warnanya putih je. Saya kukus malam dan boleh dibiarkan semalaman dlm suhu bilik. Esok boleh sedia digoreng untuk sarapan. Dan kali kdua saya buat dikukus ptg dan digoreng utk dinner. 

Terima kasih sis Q yg berkongsi resepinya. Sis Q ni saya jumpa blog nya dari blog kak CA yg awet muda tu. hehe. Blog kak Q ni bak kata kak Ani aka Che ann aka Che Ani.. mmg asik dan ralit kalau dah ke situ. Suka baca penulisan nya yg sempoi dan hasil tangannya yg skali pandang wah!! gitu. pendek kata try la klik link tu dan tgok la sendiri ye.







HOMEMADE KWAY  TEOW
by: sis Q

150 gm tepung beras
1\2 sudu besar wheat starch flour -ganti tepung gandum
2 sudu besar tepung jagung
400 ml air sejuk
1 sudu besar minyak
1\2 sudu kecil garam

Campurkan semua bahan mengikut susunan bahan di atas.
Sebatikan dan rehatkan selama sejam.
Kukus adunan seperti mengukus laksam. Saya lapikkan loyang dengan plastik yg disapu minyak.
Bila masak sapukan permukaan kway teow dengan minyak.
Lipat dan potong mengikut size yg diingini dan kiraikan.





Nampak ada yg tebal n ada yg nipis. Hehe.. sebab pengukus senget. Tapi tak de efek kat rasa pun. Kuey teow ni lembut je. Pastu goreng pun tak payah lama. Bila dah setel bahan tumis n perasa kicap smua. Pecah telur dan masukkan kuew teow bersama sayur. Kcau sebati dan siap!!













Monday, December 30, 2013

Kek Zebra Kukus Putih Telur


Assalamualaikum

Dihujung2 tahun ni ramai je yg menghabiskan cuti bersama famly sbelom sessi sekolah 2014 bermula. Buat sesetngah sekolah ada jugak yg dah start orentasi kan. Dah kenapa intro saya gini.. Hehehe.. Duk berpikir cemana gamaknya anak saya si Muaz nak masuk sekolah. Sedangkan time daftar dia last week dia tak nak turun dari kereta!! mcm2 alasan diberi hingga sakit perut makayahnya menahan gelak.  Antaranya dia tak mau keluar dari kereta sebab takut nanti ada kereta langgar dia. Sebelum tu alasannya sebab muka dia warne coklat tak cantik katanya. Kalau dulu2 katanya dia taknak sekolah sebab malu. Aduhh.. Saya sentiasa mendoakan yg terbaik..Biasa la blues permulaan skolah kan. :)

Jom menenangkan fikiran dengan beberapa potong kek kukus ni. Kek ni *walaupun huduh skit berbanding penangan kak Rima* ianya sejenis kek yg dari segi rasa agak simple je. Rupenya agak menarik dan rasanya banyak dibantu oleh perasa yg diwakili oleh 3tona warna yg dapat anda lihat di dlm gambar. Bila leftover putih tlur banyak boleh la dicuba. Dan selamat mencuba.. 

Tq kak Rima berkongsi resepinya.:)





ZEBRA STEAMED EGG WHITE CAKE
by: Rima

  • 300g egg whites
  • 1/2 tsp salt
  • 1 tsp emulsifier
  • 120g caster sugar
  • 150g cake flour, sifted
  • 20g milk powder
  • 50ml thick coconut milk
  • 30ml oil
  • 1/2 tsp vanilla
  • 1/2 tsp chocolate paste
  • 1/2 tsp mocca paste

Prepare steamer, grease 8" x 4" square pan.

Whisk egg white, salt & emulsifier.
Using low speed, add in sifted flour & milk powder.
Fold in coconut milk & oil.
Divide batter into 3 equal part.
Add chocolate paste into 1 part, mocca paste into another & leave the 3rd one plain.
Pour in a laddle of mocca, followed by chocolate & plain until finish.
Steam your cake about 25 minutes on medium/high fire.









Saturday, December 28, 2013

SUP LEHER AYAM


Assalamualaikum..

Hambeh hambeh.. cuti2 pun blog terupdate ko. Ni namanya ghairah berblog. Menu pun asal ada. Haha.. Dah tak boleh di kawal perasaan nak ngadap belog je ni. Dah kalau mula gini maknanya mula la duk renung resepi2 baru. Dah kalau mula renung resepi2 baru.. hmmm alamat perut sentiasa tak kosong. Dah bila perut asik penuh je jawabnya.... diet ke pulau laaa...

Sebab tak de apa2 spesel pun jadi saya spesel kan dengan sup leher ayam. Makan leher ayam kalau bersanding kepala teling yam.. Belasah jela.. Sedap buat sup pedas2. Dan leher ayam ni enak dijadikan sup ropenya. Cuma time mereeneh sup tu kene lama. Maybe setengah hari. Baru dapat menikmati sup leher ayam yg best.




SUP LEHER AYAM
by izah

1\2 kilo leher ayam dibersih dan buang lemak
2-3 biji kentang
2 biji tomato
2 ulas bawang putih- tumbuk
5ulas bwang merah- tumbuk
1 inci halia - ketuk
2 btg serai - ketuk
1 labu bwang besar- potong baji
4 sekawan
1 sb lada hitam-tumbuk
2 keping asam keping
bawang goreng
cili padi - ketuk
sikit pati ayam
perasa & garam

Caranya reneh leher ayam setengah hari hingga lembut bersama halia.
Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan ke dalam ayam. Dan masukkan semua bahan lain. Rebus hingga kentang empuk. Perasakan dan akhir skali tabur bawang goreng.






Friday, December 27, 2013

Kuih Kaswi Gojes


Assalamualaikum

Giler gojes warna dia. Setakat ni dah 2 kali buat kaswi mmg sukaaa sangat dengan warnenya. Ada yg taruk pewarna coklat tuk hasilkan kaswi yg gelap. Tapi saya  taruk browning sugar pemberian Hasue. Memang cantik hasilnya walaupun letak 1  sudu kecik je pun. 

Resepi kali ni saya cuba dari Myresepi. Terbaca notenya bagitau resepi ni dia belajar dari guru Aini Salim yg saya kira bukan calang2 guru. Mesti banyak ilmu n kepakaran dalm bidang masak2. Bila tengokkan gambar yg dikongsikan di myr tu pun cantik kaswinya. Jadi bagi yg suke mencuba resepi baru yg ini saaya syorkan. 
Terima kasih Razzizz yg sudi memanjangkan resepi kaswi yg sedap ni.


KUIH KASWI
by: Razzizz
*izah buat half dari adunan dibawah

Bahan-bahan ( loyang 12 inch ) 

500g Tepung gandum 
150g Tepung kanji 
300g Gula melaka 
150g Gula pasir kurangkan jika mahu less manis
2 helai daun pandan 
60oz atau 1700g air 
2 sudu makan warna coklat *izah gantikan dgn 1 sk browning sugar
4 sudu makan air kapur 
1biji kelapa parut putih+1/2 sudu kecil garam dikukus 10minit 


Cara-cara 

 Gula melaka,gula pasir,daun pandan dan air dimasak hingga gula hancur.Tapis dan biar sejuk. 
Kemudian campur kedua tepung,air kapur dan warna,kacau rata,tapis. 
Sapu minyak diloyang atau acuan.
Kukus adunan api sederhana,40-45 min loyang atau 10 minit acuan kecil.










Thursday, December 26, 2013

KARIPAP RANGUP (TEPUNG BERAS)


Assalamualaikum

Saya tidak lah masak tiap2 hari seperti mana yg saya update saban hari ni. Kebanyakkan menu2 ni dah lama dalam folder dan draft. Mungkin ada menu2 sebelum AlFateh lahir ke dunia lagi. Kikiki..  Saya tidak lah terlalu aktif didapur dengan kewujudan resepi baru di blog saya ni. Saya manusia biasa. Skali skala diselang dengan kerja2 order dan skali skala diselang dengan kerja2 rumah juga anak2. 

Karipap ni jugak salah satu menu yg dah laama saya cuba dan sangat sesuai dengan namanya. Memang sedap rangup. Kombinasi rangup tu nak kene juga dengan intinya ye. Intinya pun sedap cuma saya tukar ayam kepada daging.





Asal saya tahu kewujudan karipap ni di satu group di FB. Kemudian saya google resepinya dan terjumpa resepi lebih kurang ni blog kak Roha. Tq buat akak dan tuan resepi. :)






KARIPAP RANGUP
by: Rohah

Bahan-bahan:
(A)
1 kilo tepung gandum
100 gm tepung beras
100 gm tepung ubi
Serbuk lada putih/sulah (tak letak)
1 sudu makan gula

(B)
4-5 sudu makan marjerin atau butter | dicairkan
1/2 cawan minyak masak

Garam secukup rasa* (anggaran 1/2 sudu makan)
Air suam untuk menguli* | satukan bhn (*)



Cara-caranya:
1.Campurkan kesemua bahan A (kecuali garam) ke dalam bekas adunan.Pastikan digaul rata dan sebati.Setelah sebati, masukkan bahan B dan digaul rata/ sebati.Pastikan ianya rata keseluruh adunan.Ianya akan kelihatan sedikit bergentel.Ratakan adunan sehingga menjadi gentelan yang agak halus.

**Untuk mengenalpasti adakah ianya sudah cukup sebati atau tidak, kepalkan sedikit adunan dengan tangan dan boleh dilihat ianya berkepal dan agak padat (tidak mudah terlerai).

2.Bolehlah diikuti dengan proses menguli.Masukkan sedikit demi sedikit air suam yang bercampur garam tadi ke dalam adunan.Ulilah sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut dan kenyal.Pastikan ianya tidak melekit di tangan dan dinding bekas adunan.Jika melekit, tambah sedikit tepung dan diuli sedikit.

3.Perapkan doh tadi dalam 1/2 jam.Perap ia dengan menutup ketat (menutup bekas dengan kain atau penutup.Setelah 1/2 jam jam keluarkan adunan dan diuli sedikit.Sudah boleh diguna.

***Adunan ini boleh dipakai berkali-kali.Untuk menyimpannya, masukkan ke dalam plastik dan letak di tempat beku (freezer).Nyah beku secara semulajadi apabila hendak menggunakannya kembali.Ianya juga boleh dijadikan Roti Bom Goreng (sejenis makanan kaum India).

Nota rohah:Saya buat separuh adunan dari sukatan di atas.



Inti Ayam 
Oleh:rohah

**(sukatan inti untuk separuh adunan kulit karipap di atas)

Bahan-bahan:
100 gm isi ayam | potong dadu
5 ulas bawang merah | kisar
3 ulas bawang putih | kisar
6 biji kentang saiz sederhana besar | potong dadu
3 sudu besar serbuk kari | bancuh bersama sedikit air
15 gm ikan bilis | kisar
2 cawan air
Garam 
Gula
Minyak untuk menumis

Cara:
1.Tumiskan bahan kisar hingga wangi.Masukkan bancuhan serbuk kari.Kacau hingga naik minyak.
2.Masukkan air.Renehkan.Masukkan kentang dan sesekali kacau alih.Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3.Masak hingga kentang empuk dan kuahnya kering.Angkat dan sejukkan.










Tuesday, December 24, 2013

Monkey Bread



Assalamualaikum

Memasak dan melantak aje misi saya utk minggu ni. Rilek sungguh goyang kaki. Eh ada yg kontek nak order tak? Sorry ye enpon saya masih dibaiki lagi. Mesti bengang jugak kan nak order tapi tak menjawab memanjang. Nak wat cemana .. nak alihkan sim kad ke tepon lain pun susah bebenor. Bukan mcm jaman2 dulu boleh bukak tukar simkad pindah2 phone. Ni skrg ada nano lah mikro simkad lah. Nak buka kaver simkad satu hal punya payah. Tetibe rindu jaman2 dulu.. Jaman tepon kalau jatuh bersepai kaver n batery tapi dgn mudah leh pasang smula. Haha..

Ok berbalik pada roti mabeles ni.. dah banyak kali buat tapi banyak kali jugak malas nak snap. Kali ni mood berblog dah kembali. Jadi saya abadikan resepi 'roti monyet' ni kat IML pulak. Skali hadap je roti ni. Asben saya yg bukan roti punya orang pun sukee roti monyet ni. Bila manusia makan roti monyet mula lah nak melawak tak tentu pasal. Tapi yg pasti pembuat roti ini adalah manusia.


Terima kasih buat Ika Bangkok yg dah bertukar Ika Jepun. Rindu nak nyembang ngan adik Ikaaa. Terima kasih juga buat yg berkongsi fenomena monkey bread satu ketika dulu. :)





MONKEY BREAD

Source : POOK san DAILYDELICIOUS
Terjemahan : ARAH

Ingredients :

(Makes 1 (18cm tube pan) )
  • 240g Bread flour (240g Tepung Roti atau gandum pun ok)
  • 60g Cake flour (60g Tepung Kek)
  • 5g Instant yeast ( 5g Serbuk Yis)
  • 20g Granulated sugar (20g Gula)
  • 4g Salt (4g Garam)
  • 1 Egg yolk (1 biji kuning telur)
  • 175g Water (175g Air)
  • 20g Butter (20g Mentega)

  • 40g melted butter (40g Butter di cairkan)
  • 40g Walnut (40g Kacang Walnut)
  • 70g Light brown sugar (70g Gula Perang light>>yg ni kita gunakan gula perang biasa)
  • 1 Egg white (1 biji Telur putih)


Method : Cara-cara
  • Mix together egg yolk and water. (Campurkan bersama kuning telur dan air)
  • Put the flours, sugar and yeast in a bowl, whisk to combine, add and salt whisk again. Pour the egg and water mixture into the bowl. (Masukkan tepung, gula dan yis kedalam mangkuk)
  • Use large spoon (or pastry scraper) to mix everything together, and knead briefly to bring all the ingredients together (add more water if the dough's too dry). ( Dengan Menggunakan senduk atau whisk, kacau adunan tepung tadi sehingga sebati, kemudian masukkan garam dan gaul sebati sekali lagi. Masukkan campuran air dgn kuning telur tadi sedikit2 ke dalam adunan tepung tadi dan sehingga boleh menguli, tambahkan air jika adunan terlalu kering)
  • Take the dough out of the bowl and knead( Keluarkan doh dr dlm mangkuk dan menguli kembali di atas papan pencanai atau meja yg dah dibersihkan terlebih dahulu dan mula menguli kembali), you will see the dough will be elastic after about 2 minutes.(Utk proses ini, anda akan lihat doh akn menjadi elastic dlm masa 2 minit)>>yg ni mmg betul :D
  • Add the butter and knead by using the heel of your hands to compress and push the dough away from you, then fold it back over itself. Give the dough a little turn and repeat. Put the weight of your body into the motion and get into a rhythm. Keep folding over and compressing the dough.(Tambahkan mentega, gunakan belakang tapak tgn utk memampatkan dan tolak doh tadi sehingga doh betul2 elastik, licin dan berkilat)
    Knead for 10-15 minutes or until the dough is soft, pliable, smooth and slightly shiny, almost satiny. (Sambung menguli sehingga 10-15 minit lagi utk mendapatkan doh yg betul2 lembut dan elastik)
  • See how to knead bread, here.(boleh lihat step by step menguli doh tadi kat blog dailydelicious)
  • Put the dough into a light buttered bowl. Let the dough rise in a warm place until double in size (can be 1 hour or 1 hour and a half check often depend on the temperature).(Letakkan doh yg telah di uli tadi ke dlm mangkuk yang telah disapukan mentega terlebih dahulu. Tutup dgn cling wrap di tempat yg hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam bergantung keadaan suhu luar)
  • Preheat the oven to 150°C.( Pansakan oven dgn suhu 150c)
  • Roast the walnut for 10minutes, until fragrance, let it cool. (Bakar kacang walnut tadi selama 10 minit sehingga naik bau dan biarkan sejuk)
  • Put the nut and light brown sugar into the food processor and process until powdery.(Masukkan walnut dan gula perang tadi ke dalam food processer atau blender kering dan prosess sehingga hancur)

  • Preheat the oven to 180°C. (Panaskan Oven dgn suhu 180c)
  • Butter the tube pan (if you have the one with removable bottom will make your life easier).(Sapukan butter pada pada keseluruhan tube pan atau apa2 loyang yg sesuwai. Seelok eloknyer boleh gunakan loyang yg boleh terpisang antara lantai dan bdannya>>tak tahu nak sebut apa ehehe)
  • Take the dough out of the bowl, deflate by touch it lightly.(Keluarkan doh yg telah naik tadi dan keluarkan angin dgn menekan doh tadi dgn perlahan menggunakan tgn)
  • Cut the dough into 30 pieces (they will be small) roll into balls. (Canaikan doh tadi atau timbang dan buatkan bulat2 kecil, buat sehingga habis)* izah buat 40 ke 45 biji
    Dip the ball into melted butter, nut mixture and egg white. (Masukkan doh yg telah dibulat bulatkan tadi kedalam 1. Mentega yg dicairkan 2. Campuran gula perang dan walnut yg telah di prosess td 3. Putih telur)
    Then place them in prepared pan.( Masukkan doh bulat2 tadi yg telah dileupkan kedalam tube pan yg telah disapukan mentega terlebih dahulu, ulang sehingga doh bulat2 tadi habis di celup)
  • Let the dough rise until almost double in size, about 40-50 minutes(Biarkan doh naik kembali lebih kurang 40-50min)
  • When the dough ready, put into the oven and bake for 30-35 minutes. If the top of the bread is too brown before the bread is done, cover it with an aluminium foil.(Apabila doh telah naik, letak di dalam oven yg telah dipanaskan tadi dan bakar sehingga 30-35min bergantung dgn suhu oven masing2 sehingga masak, jika bhgn atas roti telah perang tetiba waktu memasak belum selesai boleh tutupkan bhgn atas dgn alumunium foil utk mengelakkan roti hangus)
    Let the rest in the pan for 10-15 minutes, then remove from the pan and let it cool on a wire rack.(Keluarkan roti tadi dan biarkan sejuk lebih kurang 10-15min kemudian boleh keluarkan roti tadi dan letak di atas rack)
  • Or, serve piping hot from the oven, it will be fun to eat ^^.(atau boleh hidangkan panas2 dr oven, selamat mencuba!)

















Monday, December 23, 2013

Homemade Pretzel bersama Butterscotch Sos



Assalamualaikum
Cam debab je pretzel yg saya buat ni kan. Tapi debab2 sedap namanya. Puas dapat buat sendiri sebab kalau saja2 nak ke  klcc semata nak membelinya pedooh pulak kan. Ni bila nampak cik siti payung duk ulang buat tuk anak2 dara dia.. saya pun turut terseru nak membuatnya jugak.

Memang sedap sangat bila dapat cicah ngan karemel sos tu. Walaupun karemel sos saya tak cukup bahan tapi tetap menjadi. Siyes la sedap makan time pretzel tu suam2. Tapinya tetap menjadi rebutan time dia sejuk. Aku ler tu berebut ngan anak!! Hahhaa..

Saya buat separuh je dari resepi di bawah. Dapat dlm 9 ketul. Nak test market dulu. Bila sedap nanti boleh la buat lagi. Bila tu tak tau lagi.. yang penting dah tau sejauh mana sipat pretzel ni kalau buat sendiri. Haa duk jgn ulang2 tgok la gambo pretzel saya yg seksi tu sbb satu jenis kekacang pun de yg sesuai nak ditabur atasnya. Yg ada kacang panjang ngan kacang ijo je kat dapur tu. Ahakk...


PRETZEL
by: Beldandy
Sumber : Zaliedana

1 1/2 cawan air suam
1 1/8 sudu teh  yeast
2 sudu besar gula perang
1/4 sudu teh garam
1 cawan tepung roti
3 cawan tepung gandum


 

Penyediaan
 

2 cawan air suam
2 sudu besar soda bikarbonate
secubit garam
4 sudu besar mentega - di cairkan
Badam cincang - jika suka
sebutir telur - dipukul jika suka



Campurkan yeast dengan 1 1/2 cawan air suam.
Tambahkan gula dan garam. Kacau sehingga larut dan biarkan sehingga yeast mengembang.
Campurkan tepung gandum dan tepung roti dan uli sehingga adunan menjadi doh yg lembut dan kenyal.
Rehatkan doh selama 1/2 jam.

Bila doh telah mengembang, sediakan bahan penyediaan.
Sediakan dulang pembakar dan oleskan dgn butter
Panaskan oven pada suhu 180C
Larutkan soda bikarbonate bersama 2 cawan air suam dan kacau.


Ambil sedikit doh dan roll panjang seperti tali setebal 1/2 inc.
Pintalkan doh dan bentukkan seperti pretzel.
Celupkan pretzel kedalam air soda dan susun atas dulang pembakar
Sapukan telur diatas pretzel dan taburkan badam jika suka.
Biarkan ia naik sekejap dalam 30 minit
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu, suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
 

Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat
Pretzel sedap di makan bersama caremel
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan kelembapan.






 BUTTERSCOTCH SAUSE
2/3 cawan gula perang
6 sudu besar mentega ~ potong kecil
1/2 cawan corn syrup *  izah xletak. izah lebihkan gula perang
secubit garam
1/2 cawan heavy cream / thick cream / whipping cream
Aku Add sedikit asen Butterscoth- izah xletak

Masukkan gula perang, mentega, corn syrup dan garam ke dalam periuk dan masak atas api yang sederhana sehingga gula melarut.
tambahkan thick cream / whipping cream / heavy cream
masak hingga pekat
Sejukkan







Saturday, December 21, 2013

SMILEY CUPPIES \ BEST MOIST COKLAT CUPCAKES


Assalamualaikum
 Kagum tak tiap2 hari asik ada entri baru je. Kehkehkeh.. macam la best sangat ye dak. Mau tak de entri .. skali ngadap lappy 10 buat entry schedule siap2. Ye entri berjadual.. At least rasa ada nyawa sikit blog aku niha kan.

Yg penting tuk diri sendiri refer resepi. Itu paling penting yg benornya. Kali ni saya berkongsi resepi kek coklat yg saya cawankan ia. Maka disebutlah kek cawan coklat. Veri the sedap tau resepi ni. Baik menjadi kek atau menjadi cupkek.



Ini antara cuppies coklat yg menggunakan resepi ini. Dan terima kasih buat bloggers masak2 yg tak lokek berkomgsi dan mentestimonikan kejadian kek masing2 menggunakan resepi ini. Biasanya komen2 selepas mencuba tu amat penting buat hasutan bloger lain mempercayai satu2 resepi.



BEST MOIST CHOCOLATE CAKE 
by: anymz


Bahan-bahan :

  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam 
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka) atau campurkan dengan 2sk nescafe
  •  
Cara Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan..
     2. Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.

     3. Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.

     4. Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.

     5. Tuangkan ke dalam loyang.(9inci loyang)

     6. Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya.

     7. Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.

      8. Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.


 




RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILKRUJUKAN :
http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm
Bahan-bahan :

  • Susu segar - lebih kurang 1 cawan
  • 1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
 
Cara Penyediaan : 

Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.

Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan. 

Biarkan larutan berehat selama 5 minit.

 Boleh digunakan.











Friday, December 20, 2013

No Pudge Brownie Clone



Assalamualaikum

Lama tak layan brownies coklat. Skali skala sedap sungguh. Rope orang tak cukup makan ngadap kan brownies ni. Skali berlumba makan ngan budak2. hehe.. Tapi budak2 makan kuis kacang.. ntah apa2 je.. padahal kan ke sedap kacang krup krap tu kan.

Simple resepi yang menghasilkan bronies yg sedap.


NO PUDGE BROWNIES CLONE
by: Anka

1 cup sugar
3/4 cup flour
1/2 cup cocoa
2 egg whites (this is for cake like brownies and is optional)
2 teaspoons cornstarch
1/4 teaspoon baking soda
1/4 teaspoon salt
2/3 cup non-fat vanilla yogurt
nonstick cooking spray

Directions:

1 Preheat oven to 350°F.
2 Mix all dry ingredients.
3 Add yogurt and mix well.
4 Batter will be very thick.
5 Spray an 8x8 pan with nonstick cooking spray.
6 Spread batter evenly.
7 Bake for 30-35 minutes.
8 Remove and cool.
9 Dip a knife in warm water and cut into 16 squares.






Thursday, December 19, 2013

KUIH TALAM ROTI PAUN




Assalamualaikum

Kuih manis lemak2 ni sedap juga dijamu petang2 hari. Rasanya bukan sedap juga tapi memang sedap. Saya dah pernah buat sebelum ni. Tapi biasalah kadang berebut2 melayan anak2 samapai tak sempat nak capai kamere. Kali ni buat tercapai juga nak shoot aksi kuih talam ni tapi cuaca dah nak senja. Walaupun tak la reti sangat dalam bidang kamere dslr ni tapi kalau dah cuaca kelam mcm tu semangat pun tak de nak posing.

Yang penting di sini adalah berkongsi resepi yg hebat dari orang yg hebat. Terima kasih buat mereka yg hebat itu. :)


TALAM ROTI PAUN
by: Chef Asma 
via:  Hanamemories 


Lapisan Bawah
  • 13 keping roti putih Gardenia- di carik2
  • 2 biji telur
  • 50 gm raisin
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 150 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • 1/4 sk vanilla essence
Cara-caranya
  1. Satukan semua bahan-bahan dan rendamkan roti selama 30 minit (sehingga lembut)
  2. Masukkan dalam loyang 10x10x2"(Sapu minyak dulu sekeliling loyang dan alas plastik)
  3. Kukus selama 25 minit.
  4. Apabila masak angkat dan cakar dengan garfu.
  5. (Jika terdapat sedikit air di permukaannya, sendengkan loyang dan buangkan air guna sudu atau kertas tisu, pastu baru cakar2kan sedikit dan tuangkan adunan lapisan tengah)




Lapisan tengah
  • 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/2 sk garam
  • 2 biji telur - hana ltk 3 spt resepi asal
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit perisa pandan
Cara-cara
  1. Satukan semua bahan2, kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
  2. Masak hingga naik wap, guna api sederhana je. Masa ni sentiasa kacau guna whisk je...jngn terlalu pekat atau terlalu cair, adunan seolah2 susu pekat je.
  3. Tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 25 minit ( Apabila masak, cakar dengan garfu)





 Lapisan atas
  • 1/2 cwn tepung kastard
  • 1/2 cwn gula halus
  • 1/4 sk garam
  • 1/8 sk vanilla essence
  • 3 biji telur
  • 100 ml santan pekat
  • 300 ml air
  • sedikit pewarna kuning/oren (tak letak pun takpe)
Cara-caranya
  1. Ikut seperti lapisan tengah. Satukan semua bahan2 dan tapiskan.
  2. Masak jangan terlalu pekat & jangan terlalu cair. Guna api sederhana dan sentiasa di kacau supaya tak berketul2.
  3. Tuang adunan ke atas lapisan tengah dan kukus selama 25 minit.
  4. Sentiasa lap tutup pengukus - hana tak buat pun sbb tak menyempat nak ulang alik ke dapur. :D
  5. Setelah masak, angkat dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah di potong guna pisau plastik.





 

Wednesday, December 18, 2013

RAINBOW CUPCAKES


Assalamualaikum

Kek cawan rama2 ni dah lama dibuat. Saja ngikutkan cabaran budak2. Katanya umi mesti tak pandai buat kek comel mcm ni kan. Selalu atau kerap juga permintaan anak2 terabai atas jawapan uminya "umi tak pandai buat". Jadi rentetan jawapan umi tu la anak2 pun membuat soalan conclude mcm tu.

Jadi bila ada belen2 krim utk kek tempahan orang, saya pun cuba resepi kek cawan butterfly ni. Banyak.. ye banyak versi resepi utk kek begini. Terpulang pada kita memilih resepi yg mana. Resepi nya basic je. Ok ok je yg saya cuba ni. Anak2 lebih excited pada rupa dibandingkan rasa.





RAINBOW COLOURED CUPCAKE

Ingredients

Serves: 12 

  • 1/2 cup (125g) caster sugar
  • 125g unsalted butter
  • 2 eggs
  • 1 cup (125g) self-raising flour
  • 1 teaspoon vanilla essence
  • 3 tablespoons milk
  • 4 bottles food colouring, red, blue, yellow, green

Directions

Preparation:30min  ›  Cook:15min  ›  Ready in:45min 

  1. Preheat oven to 200 degrees C. Line a 12 hole cupcake tray with patty cups.
  2. Cream the sugar and butter until pale and fluffy.
  3. Beat the eggs in one at a time adding a little flour in each time until the ingredients are mixed.
  4. Add the vanilla essence and mix. Then add the milk 1 tablespoon at a time mixing after each addition.
  5. Divide the mixture into 6 bowls:
    In Bowl 1 - Add half a cap of red colouring
    In Bowl 2 - Add half a cap of red and half a cap of yellow
    In Bowl 3 - Add half a cap of yellow
    In Bowl 4 - Add half a cap of green
    In Bowl 5 - Add half a cap of blue
    In Bowl 6 - Add half a cap of blue and half a cap of red
    Mix colouring into each mixture after adding.
  6. Divide the purple mixture between the 12 cases. Repeat with the other mixtures in this order: Blue, Green, Yellow, Orange, Red.
  7. Bake in the preheated oven for 10-15 minutes.














Tuesday, December 17, 2013

Crunchy Chocolate Cookies




Assalamualaikum

Rasa nak beraktiviti ngan anak2 musim2 cuti ni di dapur? Biskut ni salah satu menu yg sesuai. Ye la ditambah dengan anak2 yg asik lapor tu kan. 
Sedap biskut ni. Rasa nak buat lagi pun ada untuk stok anak2 mengunyah sesambil nunggu emaknya memasak kat dapur. Yela.. emaknya pun dah anak kebulur pun tak reti2 nak ke dapur.. * aku ler tu.. kikiki




CRUNCHY CHOCOLATE COOKIES
by: Baking and Life

100g coklat masakan - cincang
125g butter
100g gula kastor
100g gula perang
1 biji telur
220g tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
1 sk neskafe serbuk
1/2 sk baking powder
1/2 sk bicarbonate of soda

  1. Pukul butter dengan gula sehingga ringan.
  2. Masukkan telur dan pukul sebati.
  3. Masukkan bahan2 lain dan sebati kan semuanya diakhiri dengan coklat cincang.
  4. Bentukkan doh bulat kecil dan tekankan menggunakan garfu. Atau terpulang selera masing2.
  5. Bakar pada suhu yg dipanaskan 180 C selama 15minit.
  6. Biar sejuk baru biskut merangup.
 * Resepi ini telah diubah suai mengikut bahan2 yg tersedia ada aje.