CSS

Monday, November 5, 2012

Resepi Durian Crepe & Filling Cream Kastard


Assalamualaikummm

Semua la tahu kan sekarang  tengah hot hot meletop gitu makanan dessert ni.
Saya pun xketinggalan selit2 mencuba dan berbisness.
Dengan izin Allah, ada rezeki saya di situ...alhamdulillah..

Pelik sikit kelihatannya gambor crepe saya kat atas tu?
MEENGGERUTU KULITNYA KAN?
HAHAHA..gelak skiitt.. ini adalah disebabkan kesilapan teknik pemukaan namanya.
Silap lipatttt.. hehehe.
Hari ni saya nak share satu resepi crepe yang nipis dan filling creamnya yang tak boring.
Maksudnya bukan semata fresh cream ngan durian, sebab kalau hayati durian n fresh cream jek mcm boring gitu.
Cuba pulak tambah bancuhan castard yang ada wangi2 vanilla, wallaaaa.. mmg eskrim betul rasanya.
Kalau sebelum2 ni buat crepe yang agak tebal kulitnya disebabkan bancuhan crepenya yang agak kental n pekat, sila la cube resepi yang kak Fiza Nordin share kan dengan kita.



Ini hasil yang betul lipatnya menggunakan resepi yang saya nak share kejap lagi.
Walaupun tidak menggunakan 5,6,atau 7 jenis tepung, tapi kulit nya ni nipis dan sedap.
Yang penting tak mudah koyak.
Lain2 ciri2 terperinci tentang crepe ni boleh tengok kat blog kak Fiza ni.


resipi kat bawah ni 1/2 dari resipi asalnye ye... sebab nak mencuba saja, aku buat 1/2 saja. Dapat 12/13 keping crepe- *bergantung pada size pan memasing... (petikan dari blog kak fiza)

DURIAN CREPE
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)

Bahan2:
3 sdt gula halus
3 sdt tepung ubi
*izah campurkan sedikit tepung jagung
1/2 sdt tepung gandum
1/2 sdt butter - dicairkan
4 bj telur - dipukul sikit
95 ml air
1 st vanila esen

Cara2:
1) satukan gula halus, tepung ubi dan tepung gandum dan tepung jagung.
2) masukkan butter yang dicairkan.
3) pukul sedikit telur. campurkan dalam bekas tepung.
4) masukkan air.
5) panaskan non-stik pan.
6) tuang sesenduk. gelek non-stik pan agar bancuhan tepung menyeluruh. adunan tepung agak2 tak terlalu nipis dan tidak tlalu tebal. masak 1 pmukaan saja.


RESEPI FILLING CREAM KASTARD
(utk tuan resepi asal boleh rujuk link di atas)


200 gm susu segar
2 kuning telur
30 gm gula halus
*izah tambah 1sb tepung kastard
Kacau atas double boiler hingga pekat.

250 gm whipping non dairy ~ putar kental
* Satukan kedua dua bahan kaedah kaup balik.

** boleh juga durian di gantikan dengan mangga @ jagung krim dalam tin 





TAPI TAPIIIII...

Untuk jualan... saya menggunakan resepi crepe yang berbeza dengan filling kastard yang sangat sedap dan HANYA mneggunakan durian D24 yang segarrr. Sesiapa nak merasa boleh la emel order anda ke baisku09@gmail.com atau pm inbox saya di fb ye. :-)


Alhamdulilah , ramai kastemer memberi feedback yang sangat memberangsangkan. Semua sukakannya. Banyak juga permintaan untuk yang pertama kali nak merasa. InsyaAllah dijamin halal, sedap dan bersih.


Yummy!!!




Size crepe saya. Perbandingan dengan iphone disebelahnya.














Friday, November 2, 2012

Kek Coklat Birthday dan Koleksi Baik Punyaaa :-)


Assalamualaikum...

Apa kabor teman2 blogger n reader2 semua?
Maaf la ye lama tak ngupdate blog IML ni.
Yang fren saya kat fb almaklom, saya ada je berlegar2 di internet ni, cume diblog senyap sunyi :-)
Ok saya share resepi kek cekelat yang saya buat tuk dak Bais masa belated birthday dia this week.
Simple je.. yang penting kek colat tu mmg feberet n krim tu pun dia suke.



Dak Bais yang masuk 5 tahun, yang kalau bergambar tak reti nak senyum.
Disuruh senyum tapi dikembangkan hidung.
DIsuruh posing comel2 di buat gaya ultraman. Huhhh..
Kek coklat ni dah 3 kali kot saya buat.
Antara kek yang sedap dan moist dan ada aroma coklatnya sendiri.
Resepi dari cikgu Ina aka kak Hana from hanamemmories.
Tapi saya amik kat myR.
Untuk krim putih tu ialah cheese krim frosting yang resepinya belum boleh dipublish lagi tanpa kebenaran.
Tapi memang sedap pekena ngan coklat tu.
Nanti kalau dah dpt kebenaran n izin berwalikan hakim saya share ek :-P



RESEPI KEK COKLAT MOIST LEMBAP


Bahan-bahan ( size loyang 18cm ) 

 1 cawan tepung gandum 
1/4 cwn serbuk koko van houten 
1 sudu kecil baking powder 
1 kotak susu coklat (250ml) 
2 biji telur (size M) 
1 cawan gula halus 
1/2 cawan butter 
3 sudu besar susu pekat 
1/4 cawan minyak masak 
esen vanila 


TOPPING 

3-5 sudu besar susu pekat 
1/4 cawan serbuk koko van houten 
2 sudu besar butter 
2 sudu besar susu segar 

Cara-cara 

 Pukul telur,gula dan butter sampai kembang.Kemudian titiskan esen vanila. n pukul lg. Ayak tepung,serbuk koko dan baking powder. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telur.Kaup balikkan. Masukkan susu kotak,susu pekat,minyak dan gaul sebati. Masukkan dlm loyang yg telah dilengser minyak/marjerin. Tutup dengan aluminium foil..Then kukus 45min...Dah masak sejukkan. 

Utk topping...campurkan semua bhn dan masak secara double boiler. Then bleh la curahkan kat atas kek yg dh sejuk td.. Hiaslah apa suka...Pastu simpan dlm peti sejuk beberapa jam sebelum dipotong. Taraa...dh siap...bleh la makan.... SeLaMat MeNcUbe....



Keratan dalam kek :-)
Dan untuk ganache coklat tu saya guna cooking cekelat + coklat compound+ fresh cream + susu pekat.
Tunggu ganache sejuk n kental skit baru curah atas kek.
Terbaikkk




KOLEKSI BAIK PUNYA UNTUK 2-3 MINGGU NI:
Idak le koleksi menda pun, cume nak share kat blog antara order yang saya ambik baru2 ni.
Selamat menengok2..
Nak order leh emel saya baisku09@gmail.com atau add fren di fb n pm saya ekk 





Permintaan kastemer yang nak letak dlm bekas siap2.


Antara warna warni ceria tempahan apam dot2 untuk raya haji baru2 ni.
Jumlah semua 750 biji apam.


Red Velvet cupcakes



Tempahan 12 biji kek Blueberry cheese 




Tempahan apam bersama kuih TALAM SUJI 10X10"




Tempahan kek blueberry slice cheese bersama 80 biji Redvelvet cupcake




Tempahan DURIAN CREPE  30 pek




30 pek DURIAN & BLUEBERRY CREPE dlm peti es before delivery




Dan akhirnya kek coklat juga tidak ketinggalan bersama krim cheese