CSS

Friday, August 3, 2012

Sup Ikan Merah


Assalamualaikum..

Simple sup ikan tapi sedap wangii gitu.
Suap dak kecit makan pun laju sikit speednya.
Maybe jugak faktor ikan ni yang still fresh gitukan.
Terima kasih yang mengemel untuk ORDER biskut ROLL COKLAT semalam.
Order masih dibuka jika berminat ye :-)




Saya terrinspirasi nak cube cara kak Anim buat sup tulang dengan meletakkan sikit daaun limau purut dlam sup ikan. Hasilnya mmg wanagi dan sedap lah. Tq ye kak Nim.
Dan bahan2 lain tu mcm biasa la sempoi jek.
Tomato pun lupa nak taruk.
Jadi sekadar hiasan jela nampaknya.
Hehehe



SUP IKAN
by: Izah

2 potong ikan merah
*bersihkan dan perahkan sedikit limau kasturi. Biarkan sebentar dan bilas.

3 ulas bawng merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 sk lada hitam - tumbuk
1 inci halia- ketuk
2 batang serai - ketuk
1 helaai daun limau purut
daun sup
1 keping kecil asam keping

tomato / kentang
Bawang goreng



Caranya:
Tumiskan bawang merah, bawang putih, laada hitam n halia shingga naik bau.
Masukkan air dan ikan.
Kemudian masukkan serai, asam keping dan daun limau purut.
Jika letak kentang boleh letak awal2 sikit dri ikan untuk empukkan kentang.
Perasakan garam.
Masukkan daun sup.
Hidangkan dengan menaburkan bawang goreng.








Thursday, August 2, 2012

Biskut Mini Roll Coklat Almond


Assalamualaikum..

Pagi ni mendung beserta hujan. Gelap Ampang sekrang.
Shot gambr dalam cuaca mendung, memang semenendung gambr yang dilihat la kan.
Hari ni nak share satu biskut kudap kudapan yang elok juga dijamu pada tetamu time raya.
Simple sangat... maybe ada yang dah tahu tpi sbb dah bejanji ngan Noorsha nak share kat blog.
So.. buat Puan Noorshaaaaa, ini ler sekutnya.
Sekut comel2 sedap dingap.
Dah 4 balang buat, 2 balang budak2 dah perabis kan.
Tak tahu la mana satu yang laju, yang tukang hadap mencelup coklat atau tukang hadap masuk mulut.:-)



Nak buat sekut ni tak perlu nak ngadap doh atau oven.
Cume nak bagi almond nib tu dibakar dulu je kita ngadap oven.
Nak disangai atas kuali pun bolehkan.
Yng lain2 nyer adalah seperti bahan2 dalam gambar di atas.

Apa yang diperlukan?

Mini biskut roll coklat
*beli yang bertimbang yg terdapat dipasaraya sebab sekut timbang tu tak kaya sangat dgn rasa coklat. Jadi bila disaalut dengan coklat diluar tu mmg maasyukkkk. Kalau kat giant ritu tengok 100gm harganya rm2 hegget ++. Tapi saya beli timbang kilo kat kedai borong. 

Cooking coklat
Terdapat di kedai baking berdekatan dengan anda atau ada juga dijual dipasaraya2 besor. Untuk celup sekut, elok gunakan cooking coklat sebab cepaat kering n rangup coklt tu xlembab ngan coklt. *Anna Qawina yang bagitau..:-P

Almond Nibs
Sangai dulu atas api hingga warne nampk sikit berubah atau bakar dlm oven pda suhu 170 c selama 6-7minit.


Caranya:

Cairkan cooking coklat secara double boiling. 
Amik sekut mini roll, celup ke dlm coklat dan taburkan almon nib ke atas salutan tadi.
Keringkan coklat n nikmatinya.




Bagi yang terasa leceh nk membuatnya, boleh ORDER dengan saya dengan mengemel ke baisku09@gmail.com.

Tawaran hebat untuk harga permulaan.
Sebalang menghampiri 100 biji sekut.
Harga terbaik. Pelanggan sekitar lembah Kelang amat dialu alukan.