CSS

Wednesday, December 21, 2011

Ayam Masak Halia


Assalamualaikum..

Weewiitt.. Sorry geng tak sempat lagi nak BW. Tapi nak update dulu resepi ayam masak halia ni. Kak Nor tanya gear berapa mengupdate yeee... haha.. rasanya gear  otomatik je. Pastu nanti senyap sekejap. Sebab esok2 banyak la sikit bz nya. Dan hujung minggu ni pun, kena balik kampung menghadiri kenduri anak sedara. 2 orang anak sedara buat satu majlis. Dua duanya perempuan. Woo memang dijangka meriah la. 

Berbalik pada menu ayam ni kan, jangan di banding dengan ayam kak yatie. Banyakkk sangat bezanya. Saya ni ejas mengikut citarasa anak2. Si kecik saya suke mcm sup sup sikit. Tapi kuah tu still saya letak tepung jagung. Pekat2 gitu. Sedap weh. Anak2 pun suka. TQ kak Yatie dan tuan resepinya Chef Hanieliza.




AYAM MASAK HALIA
sumber: kak Yatie
Resepi: Chef Liza


Bahan- Bahan 
500 gm ayam [potong kecil dan basuh bersih] 
3 s/b sos tiram ] 
1/2 cawan air ] bancuh 1 s/k tepung jagung ] 
1 s/k serbuk lada hitam 
1 pokok daun bawang [potong pendek] 
1 biji buah tomato [belah 4] 
1/2 btng carrot- ptng kecil 
minyak garam dan sedikit gula 

Bahan Hiris 
5 cm halia 
3 ulas bawang merah 
3 ulas bawang putih 
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah- Yatie tambah 

Cara-Caranya Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu. Masukkan ayam dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup. Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati. Masukkan bancuhan tepung jagung dan sos tiram. Biarkan sehingga pekat. Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata. Hidangkan.



20 comments:

Anonymous said...[Reply to comment]

nyum sedapnya, nanti bolehlah try, kekadang buntu tak tau nak masak apa =)

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...[Reply to comment]

Yummy.....!!!

Gee® said...[Reply to comment]

aarghhh...!! lapoorrrr.....

Qhaifa Nur said...[Reply to comment]

salam,
sedapnya hirup kuah ayam ni..
tengah lapar ni he..he..

Kak Wan said...[Reply to comment]

yummy...sedapnya...byk kuah tu..sedap,kalau anak2 wan suka ltk kuah biar banjir katanya haha....klau msk masakan berkuah mesti kena msk kuah lebih...klau tak dpt lauk jer kat ibu...kemarau jdnya heheh....

tun_telani said...[Reply to comment]

tun baru je wat nii.. ikut buku satu hari satu resepi tu. tun mmg suka masak letak halia byk2.. pastu wat pedas. sedap!

Liza said...[Reply to comment]

tgk pun dah tau sedap...tp kalau bg lagi la sedap berganda2....hihihihi

Amie said...[Reply to comment]

bagus betul menu begini Izah,
boleh keluarkan angin & panaskan badan.

sitiezahim said...[Reply to comment]

nampak pon dah tau sedap..mmm leh la saya cuba ye kak..hihi

Nurul said...[Reply to comment]

wah, nampak sedappp tu ... lg2 yg dok dlm pinggan nasi tu ;)

Yatie said...[Reply to comment]

wow menyelerakan sungguh..akak suka lauk mcm ni..simple tapi sedap..tapi akak kena masak pedas2 sikitlah...

Juwita Jamaludin said...[Reply to comment]

Sedap2.. Nampak simple tapi terangkat izah

cik cek said...[Reply to comment]

Cedapnya Izah ooiiii...tak nak ke pelawa2 akak join makan....:)

dZana said...[Reply to comment]

sedapnya.. esbox akk dah hmpir kosong.. hr ni mkn nsi greng jer.. malas tul nk ke kedai..

Yat Maria said...[Reply to comment]

wahhh Zah...sodap ni ayam halia..nice & simple!

mala said...[Reply to comment]

best lauk ni! senang nk msk pun ye ...

Ida,Japan said...[Reply to comment]

combine ngan sambal belacan ni sedap ni izah....opps lupa pantang he.hee

Nor said...[Reply to comment]

salam izah. wahh suka menu macam ni, ringkas dan lengkap! nanti nak try jugak lah!

pasal izah tanya smlm: Basic H tu boleh bancuh dlm baldi, buat bilasan mandi. anak2 mmg suka mandi air pancuran je. Herbal cream ni insyaAllah sesuai utk kegunaan harian, tak panas dan tak melekit. kalu gatal digigit nyamuk pun boleh sapu cream ni.

harap dpt membantu.

maz said...[Reply to comment]

Salam izah...waaa kmaz msuk dpur izah pepgi ni ada lauk yg senang dimsk..sdpp dimknnn..kna plak nga nsi pns2..pstu ada cli kicapp..aduss jdi dh tuu..suke rspi2 simple mcm ni kann..xde la susah nk meramas kelapa ke bagaii..hehee..ni yg mls mcm kak laa....

harleena said...[Reply to comment]

entri bikin lapar... dah la baru bangun dari tidur..